Jumaat, 30 Oktober 2015

#8 - Ole-Ole [Hong Kong, Jepun & Taiwan]


السلام عليكم ورحمة الله

Amboi, kemain tajuk ye ! hehe. Alhamdulillah, 3 negara sekaligus zaza dapat ole-ole hihi. Nak pergi sendiri belum tentu dapat dan kalau ada rezeki.. In Shaa ALLAH. So, buat sementara waktu ni kita hanya terima hadiah dari org je la kehkeh ayat macam nak kena penampo je.. ingat org ke sana holiday ke apa hahaha :p


Suka sangat dengan seketul tabung Doraemon Tua ni. Seketul tabung Doraemon tua ni zaza dapat dari Hong Kong pemberian org tersayang hehe. Dan belum terlambat lagi kalau korang pun nak seketul Doraemon sebab dekat Avenue K, KLCC adakan Doraemon Merchandise Fair yg telah sally terangkan baru2 ni. Pergi, jangan tak pergi ye !!.


Biskut ni pulak pemberian mom, bos kepada abg nizam. Jauh dari Hong Kong, sampai org beratur panjang semata2 nak beli biskut ni.. kata abg nizam la. Dan yg kelakarnya, mom siap pesan dekat abg nizam jangan makan.. muahahaha !. Zaza pulak yg terharu sebab zaza pun takde kirim apa2 dekat mom semasa abg nizam fly ke Taiwan baru ni. Apapun, zaza nak ucap terima kasih banyak2. 


KitKat ni pulak datang jauh dari Jepun.. yg ini pemberian bos abg nizam. KitKat berperisa strawberi yg mana dekat Malaysia baru je ada perisa Green Tea hehe. Sebelum ni zaza pun pernah cuba KitKat warna putih [chunnky]. Thank you so much jugak.




Rantai leher dan juga brooch yg cute ni pemberian adik perempuan bos abg nizam iaitu Jenny, dari Taiwan. Baik betul family dariorg walaupun zaza cuma pernah jumpa mom dan alan [bos abg nizam]. Kalau diaorg berdua datang Malaysia siap ajak zaza sekali shopping huhuhu. Hadiah dari girlfriend Alan pun zaza pernah dapat jugak hehe. Beg handmade lagi dari beliau sendiri.. pandai dan rajin betul. Bertuah Alan :)

nOte : kena rajin menabung lepas ni hihihi.



7 ulasan:

  1. Murah rezeki dgn ye dik

    Jom sembang
    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2015/10/jom-sembang-blogger-hari-2-bersama-44.html

    BalasPadam
  2. abg nizam suami zaza. right ?

    alhamdulillah, ramai betul yg kirimka buat zaza.ramai yg sayang ni :)

    doraemon tua. hikhiks. kelakau je dengar, kan !

    BalasPadam
  3. Ganasnya muka tabung doremon tu ihihi..seronok kan dapat ole2 ..sekali dapat banyak lak tu. Salam kenal n done follow sini

    BalasPadam
  4. muka doremon tu lahai

    Singgah pagi dari DUNIA CIK AKAK
    [cahayakehalusankelembutan.blogspot.my]

    BalasPadam
  5. yg kitkat green tea tak sedap. Hopefully yg stoberi ni sedapp :)

    BalasPadam
  6. Waaa.. Bnyknya hdiah akk hehe..
    Dr jauh pula tu..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.