Khamis, 29 Januari 2015

Makcik dengan kisahnya..


السلام عليكم ورحمة الله


Sebelum ni kan, zaza pernah terdengar pasal kes kecurian dirumah pengantin. Nak dijadikan citer, akhir tahun lepas memang betul2 berlaku di hari bahagia kazen zaza huhuhu. Bukan kecik2 anak yg melakukan keje yg terkutuk tu.. boleh kata pangkat mak2 kita nauzubillah. Makcik ni terambil ehhh memang sengaja ambik gelang emas anak kazen zaza ketika dalam bilik pengantin. Time dia ambik budak tu tengah tido dan pengantin pulak langsung tak tahu apa2 sebab dia tengah kusyuk diandan oleh jurumekap. Manakala, adik zaza yg ternampak akan kelakuan makcik tu tadi.. mengucap panjang sebab betul2 berlaku depan mata sendiri. Perasaan takut pun ada ialah mana tahu org tuduh adik zaza pulak kan!. 


Adik zaza tak nak banyak cakap.. keluar terus pegi mendapatkan kazen dan citer perkara yg sebenar. Hmmm, apa lagi.. mengamuk ler kazen tapi takde la sampai belasah makcik tu cukup2 hihihihi. Kazen zaza tanya makcik tu elok2 kenapa ambik gelang anak dia. Makcik tu agak malu dan bagitau yg gelang budak tu tersangkut kat kain itu pasal dia ambik.. hahahaha lawak pulak zaza dengar. Kazen tak nak panjang citer so biarkan makcik tu terus berlalu pergi. Lagipun, gelang emas anak dia dah pun dapat balik. Syukur Alhamdulillah.


takde kene mengena dgn makcik bean ni tau! muahahaa.. [ehsan google]


nOte : Kepada korang, apa2 barang berharga jangan la letak di merata2 tempat dan kanak2 kalau nak dipakaikan barang berharga yg penting korang pantau jangan biarkan dia kesana kesini tanpa ada sapa2 yg menjaga. Peringatan untuk kita bersama tau!. Kalau dah kena menangis pun takde guna.



4 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.