Isnin, 24 November 2014

Cinta hati peneman setia


السلام عليكم ورحمة الله

Salah satu pepatah melayu
'sediakan payung sebelum hujan'
bermaksud berjaga2 dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.


Alhamdulillah, hujan baru je berhenti.. bukan apa risau jugak kalau hujan lebat tak henti2 sb zaza balik sendiri takde sape nak tolong pickup muahaha. Mengalahkan tuan puteri pulak nak ada org datang jemput kehkeh. Tuan puteri pun tak macam ko zaza weh!!..


Zaza sebenarya dah standby awal2 payung [cinta hati] kat opis. Kalau takde payung ni alamak terpaksa ler lepak opis sementara tunggu hujan berhenti.. kan dah susahkan diri sendiri. Tapi nasib ler rumah zaza tak berapa jauh dari opis so mudah la nak balik tak payah nak rushing hehe.


Sekarang ni kan musim hujan@tengkujuh. Bila2 masa je dgn kehendakNya hujan akan turun. So kita kena lebih berhati2 dikala musim hujan ni. So disini zaza nak nasihatkan sapa2 yg bawak kete tu drive la hati2 jangan duk kalut sangat.. lambat takpe janji diri selamat. Manakala yg naik bas pulak jangan duk sibuk2 nak berebut sana sini kan nanti tak pasal2 korang jatuh tergolek nak selamatkan diri dari hujan terus dapat sakit. 



payung pun nak selfiV jugak tau! ingat zaza je ke boleh?

pattern ni bulat or petak? ke tigasegi hahaha

Zaza sangat sayangkan payung ni.. payung ni ler peneman setia zaza tak kira hujan or panas. Lagipun payung ni tersangat besarnya dan yg best special sponser CIMB Classis untuk tournament golf tahun lepas tak silap zaza. Tahun ni zaza tak pegi tengok pon.. abe bz hihihi. sekian... nak balik dah bai.



nOte : Turut simpati banjir yg berlaku di pantai timur.. semoga akan beransur pulih dgn segera.

2 ulasan:

  1. yg bwak kereta tu pun ingat2lah org yg bwak moto or jln di tepi, kekdg main sebat je lalu kat lopak, abes terpercik..wuwu..

    BalasPadam
  2. hahahaha bukan moto je terpecik zaza yg jln kaki pun sama risau bab tu! huhu

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.