Khamis, 30 Oktober 2014

Kita selalu ingat REZEKI itu cuma harta benda kan?


السلام عليكم ورحمة الله


Kita selalu ingat REZEKI itu cuma harta benda kan? 
Padahal jodoh, anak, family, kawan, kerja, kepandaian dan juga kesihatan merupakan rezeki yg Allah SWT bagi kat kita semua. Jika memang sudah tertulis itu rezeki kita..maka itulah rezeki kita yg Allah nak bagi. Istana pun tak mustahil untuk kita memilikinya jika Dia nak bagi.

Kadang pelik manusia diluar sana bila pertingkaikan pasal rezeki anak. Zaza sedikit kecewa bila dipersoalkan!. Cuba cakap.. manusia mana yg tak mahu anak?.. apatah lagi dari darah daging kita sendiri walaupun seorg cukuplah. Hanya tuhan saje yg tahu hati dan perasaan zaza setiap kali org mempersoalkannya. Zaza pun tak ada jawapan, sekadar senyum sambil berdoa agar mereka2 diluar sana turut mendoakan agar zaza dan suami memperolehi zuriat yg baik2 bukannya senang2 diaorg canang itu ini.  [bertanya elok budi bahasa zaza langsung xkisah.. yg zaza kisah kan disini pertanyaan yg sangat menyakitkan jiwa raga.. 'weh ko umur dh tua.. bila lagi nak ada anak?']

Semuanya kuasa yg Maha Esa. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Tapi itulah, kalau mulut tempayang memang senang sangat kita nak tutup.. mulut manusia apa boleh buat so kita bersabar dan bersabar sedaya yg mampu. In Sha Allah, Dia yg maha mengetahui segalanya kerana peracanganNya sangat la hebat.



  Walaupun zaza belum dikurniakan rezeki anak buat masa ketika ini.. zaza bersyukur sangat2 ada suami yg penyayang. Family pun memahami dan banyak bagi kata semangat. Tak terkecuali Kawan2 zaza pun sama. Terima kasih semua. 



nOte : muhasabah diri.. 
 

4 ulasan:

  1. Sama dengan situasi saya dan suami.. Apapun, Alhamdulillah masuk tahun ketiga perkahwinan nih, kami lebih berlapang dada.. Kerana yakin, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaek buat kami...

    Salam kenal dari saya..

    BalasPadam
  2. Damalah kita zaza.. Persoalan anak takkan habis selagi kita belum beranak.. Perit nak tadah telinga dengar soalan2 diorang

    BalasPadam
  3. salam k.za..
    huhu.. sampai sekarang, cma mmg anoy dgn manusia jenih macam ni.. tak de ADAB senang citer..
    rase nk sumbat dgn cili jalapeno.. hahha..
    tak pe k.za.. kita bersabar je lah dgn perangai depa selagi tak pijak kepala..
    relaks,,chills.. dan berlapang dada nak kata pengomen nadia..
    insyaallah.. bila kita dah sedaya upaya berusaha, dan lepas tu, kita berserah,,..jika allah kata jadi, maka jadilah ia...

    senyum k :))

    BalasPadam
  4. Allah.. Bab ni la yng saya pling tak suka kak. Syukur sngt Allah beri keizinan mngandung sebelum dgr ckap2 cmtu. Tp yng xbestnya msa dlm pntng ada yang dh tnya ank no.2 bila pula.. Aduhai.. Sakit kna jait x baik lg, dh kna soalan cmtu..

    Moga akk dan suami dikurniakan juga zuriat yng soleh & solehah. Amin.. Kita x tahu Allah akan beri bila. Tp kita kena kuatkan hti percaya rezeki Allah tu ada.

    Jngn sedih ye kak.. :)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.