Jumaat, 27 September 2013

Penggali kubur menjumpai sesuatu


السلام عليكم ورحمة الله

 Pelik tapi benar! ungkapan yg keluar dari mulut zaza. Citernya macam ni, petang tadi adik zaza wassap bagi tau yg hari ni dekat kG sebelah kG zaza ada org meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun. Zaza tak tanya pulak lelaki or perempuan.. yg jadi tanda tanya.. masa org nak menggali kubur, ada org terjumpa tempayan emas besar sebiji dan kecil sebiji serta dalamnya ada emas, mutiara, tombak dan macam2 lagi la.. kira macam barang2 purba gitu. 

gambar ehsan google

Org ramai yg berada di situ beranggapan harta karun tu peninggalan zaman jepun. So, mereka yg ada di situ ambik peluang mengambil barang2 tersebut, namun tiba2 hilang dengan sendirinya. Masing2 terpaku sesama sendiri..! takut pun ada. Dan didatangani seorang ustaz, lalu ustaz tersebut mengambil sedikit barang berkenaan untuk dibuat kajian. (mybe ustaz ada baca ayat2 suci) alhamdulillah barang2 tersebut tidak hilang. 

Org yg menggali kubur itu memberitahu lagi, semasa dia tengah menggali..sebelum menjumpai barang2 tersebut. Dia merasakan ada seseorg menarik tangan dia. semua org2 kehairanan. wallahualam.

Alhamdulillah jenazah tersebut selamat dikebumikan. Mereka kebumikan jenazah tadi tepi sedikit dari tempat asal yg digali kerana sempit dgn barang2 tadi. 

 Sama2 kita sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin.



 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.