Isnin, 28 Februari 2011

++Pepatah orang tua-tua++


Waktu
Mereka yang berbahagia adalah yang selalu menyisihkan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyisihkan waktu untuk tertawa kerana ketawa itu bagaikan muzik di jiwanya, menyisihkan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu menambah kemajuannya, menyisihkan waktu untuk beramal kerana beramal itu akar kejayaannya, menyisihkan waktu untuk bergurau kerana gurau senda menambah cerianya dan menyisihkan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu ketenangan jiwa.

 Makan

Orang tua dulu-dulu selalu mengingatkan kita supaya berhenti makan sebelum kenyang. Jangan makan sehingga terlebih kenyang. Sesungguhnya mereka yang selalu kekenyangan akan bertambah dagingnya. Apabila bertambah dagingnya, maka bertambahlah nafsunya. Apabila bertambah nafsunya, maka bertambahlah dosanya. Apabila bertambah dosanya, maka bertambah keras hatinya. Segala pertambahan ini akhirnya akan menenggelamkan dia ke dalam bencana dunia.
    Pengalaman

    Manusia di muka bumi ini terdiri daripada tiga jenis. Pertama, mereka yang dikatakan bijak dan berpengalaman kerana belajar daripada pengalaman sendiri. Kedua, mereka yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam  hidupnya kerana golongan ini belajar daripada pengalaman orang lain. Ketiga, mereka yang hanyut dengan kebodohan sendiri kerana tidak mahu belajar daripada pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain.

      Two Hearts, Two Heart That Beat As one
      ¸¸.•* Zaza ❤ Nizam *•.¸¸


      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan

      Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.